Follow our latest updates on the COVID-19 HERE
BUDAYA & WARISAN
LUKISAN DINDING

Pulau Pinang, pada suatu ketika dahulu, merupakan pelabuhan bebas yang menjadi tumpuan banyak saudagar asing yang bukan hanya bertukar barangan tetapi juga budaya mereka. Pertukaran pandangan dunia inilah yang menjadikan Pulau Pinang bandaraya kosmopolitan yang mengujakan pada ketika itu dan Pulau Pinang yang berwajah moden kini tiada bezanya. Hanya pada kali ini, tarikannya bukan dalam perdagangan tetapi seni!

Sejak Festival George Town mengkomisikan pelukis dari negara Lithuania, Ernest Zacharevic untuk menghasilkan 6 lukisan dinding pada tahun 2012, senario seni jalanan di George Town telah berubah sama sekali. Lukisan dinding ini telah melonjakkan nama Zacharevic ke persada antarabangsa, dan seterusnya beberapa karya seni paling interaktif di bandaraya ini telah menghiasi dinding-dinding George Town.

Ada yang berpendapat bahawa lukisan dinding ikonik yang tertentu begitu terkenal sehingga setaraf dengan lambang kebudayaan Pulau Pinang yang lain seperti bangunan KOMTAR atau Feri Pulau Pinang. Perkembangan seni ini telah memberi banyak peluang kepada seniman tempatan dan antarabangsa, dan mendorong ramai pelukis menonjolkan kreativiti mereka di atas dinding bangunan sekitar Pulau Pinang.