Follow our latest updates on the COVID-19 HERE
BUDAYA & WARISAN
BUTTERWORTH ART WALK

 

Walaupun senario lukisan dinding di Seberang Perai berkembang agak lewat, ianya semakin pantas mengejar kepopularan senario seni jalanan George Town yang ikonik. Butterworth Art Walk adalah suatu inisiatif yang lahir daripada penggiat seni Pulau Pinang yang hebat serta latar belakang negeri yang kaya dengan sejarah.

 

Lukisan dinding dan karya instalasi yang menarik ini bertujuan untuk mendedahkan pengunjung kepada masa silam tanah besar yang penuh warna-warni ini.  Antara fakta menarik yang bakal dipelajari apabila menyusuri lorong kecil di Jalan Bagan Luar adalah ekonomi pertanian dan sejarah Seberang Perai dalam mengeksport gajah. Siapa sangka bahawa kisah sejarah ini dapat dijadikan latar belakang yang unik untuk sesi bergambar.