Follow our latest updates on the COVID-19 HERE
KISAH PENANG
KISAH PENANG
8 Permata Mesra Alam di Pulau Pinang Yang Perlu Anda Tahu

1) Balik Pulau

Jelajah Basikal di Balik Pulau. Kredit: mataharicycletours       

Perlahankan waktu dengan lawatan ke Balik Pulau! Desa mempesona ini menawarkan pelbagai khazanah untuk pencinta alam, dari pantai terpencil ke rumah kampung tradisional, kebun-kebun, perkampungan nelayan, taman haiwan dan sawah padi – semuanya paling sesuai dijelajahi dengan basikal! Nikmati kayuhan berpemandangan indah merentasi kawasan luar bandar Balik Pulau yang tenang mengikut rentak anda sendiri. Anda boleh meluangkan masa untuk mengenali industri desa seperti penghasilan bedak sejuk dan menikmati buah-buahan segar terus dari ladang. Jangan lupa juga untuk berkunjung ke taman haiwan di mana anda boleh membelai, menggomol dan memberi makanan kepada haiwan comel sebelum menuju ke Pantai Pasir Panjang atau Pantai Malindo untuk berseronok di bawah sinar matahari.

Sebuah Lukisan Dinding di Balik Pulau. Kredit: @ailiyeap (Instagram)

Di Balik Pulau, anda boleh menceriakan lagi kunjungan mesra alam anda – kawasan desa yang mempesonakan ini turut menampilkan pelbagai bentuk kesenian yang merangkumi seni kraftangan tradisional sehinggalah ke lukisan dinding jalanan. Untuk melihat antara hasil kraftangan yang terbaik, kunjungilah Pusat Kerja Stepping Stone, di mana anda boleh membeli skaf, kain batik, lilin, sabun dan barangan tembikar. Jika anda gemar merakam gambar lukisan dinding untuk laman Instagram anda, sudah pastinya anda akan berminat dengan lukisan dinding yang tidak lapuk dek zaman di sekitar pusat bandar dan instalasi seni Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Pulau Pinang di Kampung Terang.

 Penang International Container Art Festival(PICAF) di Balik Pulau. Kredit: @engclau (Instagram)

Menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang:
Bas Rapid Penang 401E dan 502 berkhidmat di laluan Terminal Feri – Terminal Balik Pulau. Setibanya di Terminal Balik Pulau, anda digalakkan berjalan kaki di sekitar pusat bandar atau menaiki basikal di sekeliling kawasan desa. Rancang perjalanan anda dengan melawat laman web berikut: https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-travel-with-us/rapid-penang/routes

Matahari Cycle Tours operator
Alamat: +6019 4480 440 (SJ)

Ladang Audi Dream 
Alamat: 145, MK B, Sungai Rusa
No Tel: +6012 406 9099 / +6012 499 9099
Info: www.audipenang.com/farm.html
GPS: 5.38527, 100.20998

Ladang Durian Bao Sheng 
Alamat: 150, MK2 Sungai Pinang
No Tel: +6012 411 0600
Info: https://durian.com.my/
GPS: 5.40277, 100.21964

Stepping Stone Work Centre
Alamat: 53 Jalan Baru, MK 1 Pulau Betong
No Tel: +604 866 5349
Info: http://www.asiacommunityservice.org
GPS: 5.30806, 100.20344

(Lukisan Dinding) Tukang Batu Tua oleh Ernest Zacherevic
GPS: 5.35268, 100.23628

(Lukisan Dinding) Nelayan oleh Julia Volchkova
GPS: 5.35159, 100.2355

(Lukisan Dinding) Tarian Perempuan Hakka oleh Julia Volchkova
GPS: 5.349820, 100.234219

(Lukisan Dinding) Tuan Silat oleh Julia Volchkova
GPS: 5.34942, 100.23378

(Lukisan Dinding) Menoreh Getah oleh Julia Volchkova
GPS: 5.35101, 100.23289

(PICAF) Instalasi seni Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Pulau Pinang di Balik Pulau
GPS: 5.31565, 100.20785

2) Teluk Bahang

Pemandangan Aerial, ESCAPE Theme Park di Teluk Bahang.

Berhampiran kawasan barat laut Pulau Pinang, Teluk Bahang terkenal sebagai tempat riadah yang unik untuk pencinta alam dan penggemar aktiviti lasak – hutan hujan purbanya menjadi tuan rumah kepada pelbagai tarikan ekopelancongan moden! Mereka yang inginkan percutian tanpa gangguan tetapi lengkap dengan kemewahan moden bolehlah berbuat demikian di Tapak Majlis & Perkhemahan Glamor Lembah Boulder, suatu syurga mewah yang terletak di dalam hutan hujan Teluk Bahang. Tapak perkhemahan glamor ini menawarkan penginapan mewah dengan bilik air peribadi dan pengalaman yang tidak ternilai seperti bangun pagi dengan iringan kicauan burung atau bermanja mesra di bawah langit berbintang bertemankan unggun api pada malam hari.

 Kilang Batik Pulau Pinang.

Selain flora dan fauna, Teluk Bahang juga menawarkan tarikan berasaskan seni dan kraftangan, supaya pengunjung dapat melakukan lebih banyak aktiviti dalam satu lawatan. Jangan lupa untuk melihat karya-karya kreatif seperti lukisan dinding luar, barangan tembikar, mozek dan kolam ikan koi di Art & Garden – sebuah tempat mempesonakan yang dipenuhi koleksi tumbuh-tumbuhan, arca, dan instalasi yang banyak. Ingin tahu lebih banyak mengenai budaya batik? Kunjungilah Kilang Batik Pulau Pinang dan sertailah lawatan berpandu harian di sekitar galeri seni, butik dan kilang dan pelajari cara untuk menghasilkan batik anda sendiri.

Menggunakan perkhidmatan Rapid Penang:
Bas Rapid Penang 101 berkhidmat di laluan Terminal Feri – Teluk Bahang. Rancang perjalanan anda dengan melawat laman web berikut: https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-travel-with-us/rapid-penang/routes

Boulder Valley Glamping & Event Place
Alamat: 8, Jalan Teluk Bahang 
No Tel: +6012 490 6882
Info: https://bouldervalleyglamping.com.my/
GPS: 5.414882, 100.214960

Tropical Spice Garden
Alamat: Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang 
No Tel: +604 881 1797
Info: http://tropicalspicegarden.com/
GPS: 5.46336, 100.22912

ESCAPE
Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Penang
No Tel: +604 881 1106
Info: www.escape.my
GPS: 5.449441, 100.215173

Entopia by Penang Butterfly Farm 
Alamat: Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Penang
No Tel: +604 888 8111
Info: www.entopia.com
GPS: 5.44745, 100.21563

Art & Garden 
Alamat: Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Penang
No Tel: +6012 485 5074
Info: www.facebook.com/ArtandGardenbyFuanWong/
GPS: 5.41475, 100.21484

Kilang Batik Pulau Pinang
Alamat: 651, MK 2, Teluk Bahang
No Tel: +604 885 1284
Info: https://www.facebook.com/Penang-Batik-Factory-562865490745906/
GPS: 5.45692, 100.21548

3) Gertak Sanggul

Gertak Sanggul. 

Jauh daripada pantai Batu Ferringhi yang menjadi tumpuan ramai, Gertak Sanggul mempunyai beberapa pantai terpencil yang indah untuk dikunjungi! Dengan tanjung tinggi berbatuan yang mengunjur ke lautan zamrud kehijauan, dan pokok-pokok ru dan pepohon nyiur melambai-lambai menghijaukan suasana, Pantai Ombak Damai dan Pantai Tanjung Asam memang terkenal terutamanya di kalangan jurugambar tidak kiralah pengguna tegar Instagram mahupun penggemar fotografi. Terdapat banyak restoran tepi pantai di kawasan ini, jadi memang biasa untuk melihat warga tempatan berjalan-jalan santai selepas menjamu selera. Jika anda ingin melakukan aktiviti lasak atau hanya ingin mencari tempat tersembunyi untuk memancing, naiklah bot ke Pulau Kendi yang terletak di perairan Gertak Sanggul. Hutan dan kawasan pantai yang tidak terusik di pulau tidak berpenghuni ini sudah lama menjadi tumpuan pemancing berpengalaman dan pengunjung yang berani.

Muzium Perang Pulau Pinang.

Terdapat beberapa tarikan lain yang berdekatan bagi pengunjung memanfaatkan percutian mereka sebaik mungkin. Hanya beberapa minit pemanduan dari Gertak Sanggul, Muzium Perang Pulau Pinang di Batu Maung dikenali sebagai muzium perang yang terbesar di Asia Tenggara. Pengunjung dapat melihat terowong, pameran perang dan artifak yang sehubungan dengannya seperti ruang melepaskan tembakan meriam, tapak meriam penangkis serangan udara, tempat tidur, ruang memasak dan lokap di bekas kubu yang menyimpan sejarah hitam ini. Satu lagi tarikan yang berbaloi untuk dikunjungi ialah Tokong Ular Pulau Pinang. Juga dikenali sebagai Tokong Awan Biru, tokong yang unik ini membenarkan pengunjungnya menghampiri ular secara dekat dan merasai pengalaman yang berbahaya ini!

Menggunakan perkhidmatan Rapid Penang:
Dari Terminal Feri, naik bas Rapid Penang 303 dan turun di Terminal Sungai Nibong. Kemudian, naik bas Rapid Penang 308 yang berkhidmat di laluan Sungai Nibong – Gertak Sanggul. Setibanya di Gertak Sanggul, anda digalakkan berjalan kaki atau menggunakan perkhidmatan kenderaan e-hailing. Rancang perjalanan anda dengan mengunjungi laman web berikut: https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-travel-with-us/rapid-penang/routes

Pantai Ombak Damai
Alamat: Jalan Gertak Sanggul 
GPS: 5.282723, 100.216668

Pantai Tanjung Asam
Alamat: Jalan Gertak Sanggul 
GPS: 5.281825, 100.211631

Isnoor Boat Tour 
No Tel: +6016 442 1855
Info: https://www.facebook.com/Isnoorboats

Muzium Perang Pulau Pinang
Alamat: Jalan Batu Maung, Batu Maung
No Tel: +604 626 5142
Info: www.facebook.com/PenangWarMuseum
GPS: 5.28142, 100.28872

Tokong Ular Pulau Pinang
Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas Industrial Park 
No Tel: +604 643 7273
GPS: 5.31419, 100.28549

4) Pulau Aman

Pulau Aman

Sampan nelayan aneka warna, tapak bersejarah, pantai yang cantik, dan hidangan juadah makanan laut yang banyak – semua ini menanti anda di Pulau Aman, sebuah pulau kecil di perairan Batu Kawan, Seberang Perai. Pulau nelayan kecil yang menarik ini memikat selera penggemar makanan laut dengan makanan laut dari tangkapan segar, tetapi selain restoran-restoran terapung yang menarik, terdapat pelbagai tapak warisan untuk diterokai. Pengunjung boleh melawat Telaga Emas yang mula-mula ditemui oleh seorang penduduk kampung pada tahun 1789. Walaupun telaga ini terletak berhampiran pantai, ia mampu membekalkan air segar kepada seluruh warga kampung! Selain itu terdapat juga aktiviti lain yang menarik untuk mereka yang berjiwa lasak seperti kayak, memancing, menyusuri hutan, berkhemah, dan banyak lagi – semuanya menjanjikan ketenangan dan pemandangan yang mempesonakan.

 Gedung Beli-Belah Outlet Design Village.

Untuk suatu kelainan, kunjungilah Batu Kawan yang berhampiran, di mana suasana beli-belah moden menanti anda! Dinobatkan sebagai kompleks beli-belah yang paling mesra alam di Malaysia dan satu-satunya gedung beli-belah ‘outlet’ di wilayah utara, Gedung Beli-Belah Outlet Design Village menampilkan konsep beli-belah ‘outdoor’ yang menarik dengan pelbagai pilihan jenama pakaian sukan, fesyen ikonik dan aksesori yang luas di samping restoran. Satu lagi destinasi yang wajib dikunjungi tidak lain dan tidak bukan adalah IKEA Batu Kawan. Jenama perabot terkenal dari negara Sweden ini adalah cawangan Malaysia yang pertama di wilayah utara. Kunjungilah pusat ini untuk mencari perabot, ilham reka bentuk dalaman, atau untuk merasai bebola daging Sweden mereka yang terkenal.  

 Instalasi seni Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Pulau Pinang di Aspen Vision City, Batu Kawan

Jangan lupa juga untuk melawat Aspen Vision City yang berhampiran, di mana anda boleh melihat salah satu daripada instalasi seni kontena yang merupakan sebahagian daripada Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Pulau Pinang. Lukisan dinding oleh Caryn Koh yang bertajuk “Connection” ini diundi sebagai salah satu daripada beberapa lukisan dinding “Terbaik Pada Bulan Januari 2020” di ‘Street Art Cities’, satu komuniti global yang memaparkan karya lukisan dinding dari seluruh dunia.

Menggunakan perkhidmatan Rapid Penang:
Pulau Aman boleh diakses dengan perjalanan bot selama 10 minit dari Jeti Batu Musang di Batu Kawan. Untuk ke Jeti Batu Musang, naik bas Rapid Penang 801 dari Penang Sentral. Turun di perhentian bas SMK Simpang Ampat dan teruskan perjalanan anda ke Jeti Batu Musang dengan perkhidmatan kenderaan e-hailing.

Design Village 
Alamat: 733, Jalan Cassia Barat 2, Bandar Cassia
Waktu Operasi: Monday to Friday 11am - 8pm, Saturday, Sunday and Public Holiday 11am - 10pm
Info: http://designvillage.today/

IKEA Batu Kawan
Alamat:  752, Persiaran Cassia Selatan 8, Bandar Cassia
Waktu Operasi: 10am-10pm (daily)
Info: https://www.ikea.com/my/en/stores/batu-kawan/

(PICAF) Instalasi seni Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Pulau Pinang di Aspen Vision City, Batu Kawan
GPS: 5.23596, 100.43866

5) Kampung Agong

Kampung Agong. Kredit: desy_hotniar_sihombing (Instagram)

Dibina di atas bekas ladang kelapa seluas 10 hektar, Kampung Agong menawarkan banyak latar belakang yang fotogenik bagi pengguna tegar Instagram, malah berhampiran dengan Gunung Jerai! Terletak di Bakar Kapur di Penaga, taman tema berkonsepkan kampung ini mempunyai pepohon nyiur, sawah padi, rumah kayu tradisional, serta replika piano, buaian dan sarang burung gergasi khas untuk Instagram yang kian menghangatkan media sosial sejak 2018, sekaligus menjadikan pemanduan selama satu jam dari Pulau Pinang amat berbaloi.

Jambatan Keretapi Pinang Tunggal. Kredit: @dt__105 and @fourfeetnine_constance (Instagram).

Alang-alang sudah di sini, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Galeri Arkeologi Guar Kepah. Galeri tersebut – hanya 10 minit pemanduan dari Kampung Agong – merupakan tapak arkeologi di mana pengunjung boleh mengagumi tinggalan longgokan kulit kerang purba dan replika rangka manusia berusia 5,000 tahun yang bergelar “Penang Woman”. Dari situ, anda boleh menuju ke Jambatan Keretapi Pinang Tunggal untuk merakam gambar jambatan besi tempa yang berabad usianya. Walaupun sudah tidak digunakan lagi, jambatan tersebut merupakan objek kegemaran bagi jurugambar yang ingin mengabadikan karya kejuruteraan yang dibina pada zaman dahulu.

Menggunakan perkhidmatan Rapid Penang:
Bas Rapid Penang 603 berkhidmat di laluan Penang Sentral – Kampung Kuala Muda. Turun di perhentian bas SMK Sri Muda. Kemudian, teruskan perjalanan ke Kampung Agong, Galeri Arkeologi Guar Kepah, dan Jambatan Keretapi Pinang Tunggal dengan menggunakan perkhidmatan kenderaan e-hailing.

Kampung Agong
Alamat: Lot 20, Mukim 05, Bakar Kapur, Penaga, Seberang Perai Utara
No Tel: +6012 481 7795 
Info: www.facebook.com/Kampung-Agong-1873406712955702/
GPS: 5.54023, 100.37974

Galeri Arkeologi Guar Kepah
Alamat: PT 23, Mukim 2, Kepala Batas
GPS: 5.55834, 100.42457

Jambatan Keretapi Pinang Tunggal
GPS: 5.56635, 100.50427
 

6) Bukit Katak

Bukit Katak. Kredit: Buletin Mutiara.

Digelar sebagai versi Pulau Pinang tarikan China yang terkenal iaitu Jiuzhaigou, Frog Hill (yang juga dikenali sebagai Bukit Katak) merupakan tempat kegemaran pencinta alam dan penggemar fotografi. Hanya beberapa minit pemanduan dari Kampung Agong, pendakian ini menempuh laluan yang kasar dan tidak sekata, namun panorama luas di sekeliling bekas tapak lombong bijih timah ini akan menjadikan pendakian anda berbaloi sekali. Pengunjung pasti terpegun dengan pemandangan dramatik kolam-kolam yang berwarna biru firus dan sekali-sekala kerbau liar yang berkubang dalam air. Bersedialah untuk menghadapi kejutan dingin jika anda mendaki sewaktu fajar menyinsing – suasana di puncak bukit tersebut agak berkabus pada awal pagi jadi lebih baik jika anda bawa sekali bekalan kopi panas untuk waktu “peribadi” berkualiti di alam semulajadi ini! Peringatan perjalanan: Bukit Katak adalah kawasan yang terpencil jadi pengunjung dinasihatkan supaya lebih berwaspada.

Masjid Abdullah Fahim.

Selepas aktiviti ‘mesra alam’ ini, apa kata jika anda melawat juga tarikan lain yang berhampiran? Menara dan kubah berwarna biru Persia Masjid Abdullah Fahim yang mengagumkan adalah suatu pandangan yang mempesonakan dan hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit dengan kereta. Kemudian, kunjungi Capal Jago untuk membeli sepasang capal, iaitu kasut tradisional Melayu, yang dibuat dengan tangan. Capal Jago adalah jenama capal tempatan yang diasaskan oleh arwah Haji Hashim Hassan, seorang pembuat capal yang terkenal di Kepala Batas, pada tahun 1958. Beliau dikatakan seorang yang menghasilkan kasut sandal kulit asli buatan tangan yang pertama.

Menggunakan perkhidmatan Rapid Penang:
Bas Rapid Penang 701 dan 702 berkhidmat di laluan Penang Sentral – Terminal Bas Bukit Mertajam. Setibanya di Terminal Bas Bukit Mertajam, teruskan perjalanan anda ke Bukit Katak, Masjid Abdullah Fahim dan Capal Jago dengan menggunakan perkhidmatan kenderaan e-hailing.

Alamat: Tiada tanda jalan yang menunjukkan arah ke kuari batu dan tanah liat yang terbiar ini. Untuk ke sana, masukkan koordinat ini ke dalam peranti GPS anda: 5.436643, 100.485111.

Capal Jago Gemilang
Alamat: 708, Jalan Perak, Kepala Batas
No Tel:+6011-1962 6530
Info: https://www.facebook.com/badril.shahidan
GPS: 5.51851, 100.42592

Masjid Abdullah Fahim
Alamat: Jalan Tun Hamdan Syeikh Tahir, Kepala Batas
No Tel:+604-569 0013
Info: https://www.facebook.com/MasjidAbdullahFahimSpu/
GPS:5.52073, 100.46398

 

7) Taman Rimba Bukit Mertajam

 Puncak Bukit Mertajam. Kredit: Ai Man (Facebook)

Dikenali di kalangan warga tempatan sebagai Trek 800, laluan sepanjang 7km di Taman Rimba Bukit Mertajam (juga dikenali sebagai Taman Rimba Cherok Tokun) adalah satu pendakian yang berbaloi untuk diambil. Ia menjanjikan pendakian yang mencabar seperti memanjat bukit berbatu, bergerak di antara akar pokok yang berselirat, menyusup di bawah batang pokok yang tumbang dan merangkak ala ketam menuruni cerun yang curam. Antara kemuncak dalam pendakian selama tiga jam ini termasuklah penemuan tempat yang sesuai ‘berinstagram’ seperti pokok Mengkundur gergasi (Tetrameles) terkenal yang digelar “pokok terbesar di Pulau Pinang”, sebuah air terjun, sebuah batu besar berbentuk kapal yang dikenali oleh warga tempatan sebagai “Batu Kapal”, dan pemandangan panoramik Empangan Mengkuang. Jika anda sekadar ingin bersiar-siar, berjalan santai melalui denai dan laluan berturap dalam hutan ini juga akan mencergaskan diri anda.

 Pokok Mengkundur (Tetrameles) yang juga dikenali sebagai "pokok paling besar di Pulau Pinang".

Selepas mengecapi nikmat alam semulajadi, anda boleh menerokai bandar lama Bukit Mertajam yang menarik! Dengan dinding yang diliputi pokok menjalar dan jendela kayu yang usang, rumah kedai warisan di pekan ini jelas berbeza penampilannya jika dibandingkan dengan rumah kedai warisan yang telah dibaikpulih di George Town. Peminat sejarah wajib mengunjungi Gereja Sacred Heart of Jesus di Pagar Tras. Dibina oleh mubaligh Katolik dari Perancis pada tahun 1882, bangunan yang terbiar ini adalah bukti kewujudan Perancis di Pulau Pinang yang jarang diketahui ramai.

Untuk ke Bukit Mertajam:
Bas Rapid Penang 701 dan 702 berkhidmat di laluan Penang Sentral – Bukit Mertajam. Setibanya di Bukit Mertajam, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan kenderaan e-hailing. Rancang perjalanan anda dengan melawat laman web tersebut: https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-travel-with-us/rapid-penang/routes

Taman Rimba Bukit Mertajam
Alamat: Jalan Kolam, Kampung Teluk Bukit, 14000 Bukit Mertajam
Parkir kereta terdekat: 5.356377 100.492696

Bandar Bukit Mertajam 
Alamat: Jalan Pasar, Bukit Mertajam
GPS: 5.36354, 100.45996

Gereja Sacred Heart of Jesus in Pagar Tras
Alamat: Jalan Sungai Lembu
GPS: 5.35914, 100.52024

8) Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam

Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam.

Tiada lagi yang terbaik selain menghabiskan masa anda bersama sang burung, antaranya burung helang, burung hantu, burung pekaka dan burung madi! Terletak di Seberang Perai Utara, Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam amat diminati penggemar pemerhati burung. Hutan paya air tawar ini terletak di kuala tiga saluran air semula jadi – Sungai Air Hitam, Sungai Jarak, dan Sungai Perai – maka tidak hairanlah ianya penuh dengan unggas – terdapat kira-kira 150 jenis spesies semuanya! Tapak memerhati burung di sini berbumbung dan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki sepanjang 1,163m, yang menawarkan pemandangan yang indah dan sesuai untuk memerhatikan burung. Anda tidak berminat untuk memerhatikan burung? Usah bimbang kerana aktiviti berjalan di jambatan gantung sepanjang 210m menuju ke menara pemerhati yang menghadap hutan paya ini adalah satu pengalaman yang tiada tandingan!

Butterworth Art Walk. Kredit: @alifzamre

Sebelum kembali ke pulau, pastikan anda singgah di Butterworth. Luangkan masa untuk menyusuri lorong kecil di Jalan Bagan Luar yang dikenali sebagai “Butterworth Art Walk”. Lukisan dinding dan karya instalasi yang menarik menjadi latar gambar yang berwarna-warni di samping mendidik pengunjung tentang ekonomi pertanian dan sejarah tanah besar. Tidak jauh dari situ, terdapat satu lagi instalasi seni Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Pulau Pinang di Dataran Pemuda Merdeka. Lukisan dinding yang bertajuk “The Art of Batik” oleh pelukis Abdulrashade dan Andharas juga diundi sebagai salah satu daripada lukisan dinding “Terbaik pada Bulan Februari 2020” di Street Art Cities. Akhiri hari anda dengan terapi beli-belah di pasar lambak Rope Walk Taman Selat, di mana anda boleh menemui barangan antik seperti duit syiling lama, jam tangan, dan juga seterika.

Penang International Container Art Festival’s (PICAF) di Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth. Kredit: @engclau (Instagram)

Menggunakan perkhidmatan Rapid Penang:
Bas Rapid Penang 701 dan 702 berkhidmat di laluan Penang Sentral – Terminal Bas Bukit Mertajam. Setibanya di Terminal Bas Bukit Mertajam, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan kenderaan e-hailing ke Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Butterworth Art Walk, dan Rope Walk Taman Selat. Rancang perjalanan anda dengan melawat laman web berikut: https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-travel-with-us/rapid-penang/routes

Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam
Alamat: P206 Jalan Kampung Guar Petai, 13310 Tasek Gelugor
No Tel: +604 539 1743
Info: www.facebook.com/airhitamdalam/
GPS: 5.4521127273116345, 100.45217656747059

Butterworth Art Walk
Alamat: Jalan Bagan Luar, Butterworth
GPS: 5.40948, 100.37033

Rope Walk Taman Selat
Alamat: 11a, Jalan Selat, Taman Selat, Butterworth
No Tel: +604 323 3788
GPS: 5.40224, 100.36754

(PICAF) Instalasi seni Festival Antarabangsa Seni Lukis Kontena Pulau Pinang di Dataran Pemuda Merdeka 
GPS: 5.40885, 100.37021